SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK MENDUM,71750 LENGGENG, NEGERI SEMBILAN

Alamat: Sekolah Kebangsaan Mendum, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

No. Tel: 06-7583706

No. Faks: 06-7583706

E-Mail: -

Gred Sekolah: SKM

Sesi Persekolahan: Pagi

Kategori: Sekolah bantuan penuh kerajaan


Visi:
SK Mendum akan menjadi sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum di kawasan Luak Lenggeng menjelang tahun 2010.

Misi:
SK Mendum berazam misi dilaksanakan dengan jayanya melalui usaha meningkatkan kecemerlangan,
Ø pengurusan dan kepimpinan
Ø kurikulum pelajar
Ø kokurikulum pelajar
Ø sahsiah pelajar
Ø hubungan antara ibu bapa dan komuniti dengan sekolah

Piagam Pelanggan:

Kami pendidik dan kakitangan sekolah ini berikhrar dan berazam akan laksanakan segala amanah untuk mempertingkatkan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani anak-anak didik kami menerusi pendidikan serta perkhidmatan yang sempurna dan selaras dengan falsafah pendidikan negara untuk memncapai matlamat wawasan 2020 dengan cara:


memastikan sekolah peka dan responsif kepada kehendak JPNS, PPD, ibu bapa dan pelajar.
menguruskan kerja dengan cekap dan tepat.
merancang setiap waktu pengajaran dengan sempurna.
penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
latihan secukupnya dalam setiap matapelajaran.
ujian berkala dan peperiksaan penggal.
kelas tambahan
berusaha dalam peningkatan UPSR.


Cogankata:

‘BELAJAR UNTUK KEJAYAAN’

Pengetua:
En. Kamaruzaman Bin Haji Hussin

Bilangan Staf Akademik: 14orang

Bilangan Staf Bukan Akademik: 5 orang

Sejarah Sekolah:
Ø Sekolah Kebangsaan Mendum (SKM) dibuka pada 12 Jun 1948. bangunan lama sekolah pada awalnya terletak berhampiran Masjid Kampung Mendom. Selepas “Darurat” bangunan sekolah berpindah ke tapak yang ada sekarang.

Ø Bangunan asalnya didirikan secara bergotong royong. Bangunan tersebut hanya mengandungi 3 bilik darjah. Kelas pembelajaran hanyalah dari Darjah 1 hingga 3. SKM dapat bangunan baru pada akhir tahun 1990. Pada tahun 1994, sebuah bangunan dengan 3 bilik darjah telah dibina. Makmal komputer dibina pada akhir tahun 2003. Makmal komputer baru dibina pada Jun 2007.

Enrolmen Pelajar: 82 orang

Jumlah Kelas: 6 buah

Purata Saiz Kelas: 18 Orang

Kelas Yang Ditawarkan:
Tahun 1 Hingga 6

Program Khas:
Program Nilam
Program Curahan Kasih
Program Gotong Royong
Program Laluan Iqra’
Program Kecemerlangan UPSR



Wednesday, April 21, 2010

Pelajar Cemerlang UPSR 2009


Pada tahun 2009 yang lalu seramai 3 orang murid dari SK Mendum telah berjaya mendapat 5A iaitu Adam Daniel Barkley Fatani, Mohd Shafirullah bin Muhd Reduan dan Siti Hardiana bt Arifin. Pencapaian ini amat membanggakan sekolah dan ribuan ucapan tahniah kepada murid-murid yang berjaya. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada para guru yang tidak jemu-jemu mendidik dan berusaha memajukan murid....Terima kasih cikgu.....

Program i-NILAM

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah menggunakan sistem baru iaitu IQ-PSS bagi guru perpustakaan dan media (GPM) serta Guru Nilam untuk memasukkan maklumat NILAM murid secara online. Data bacaan murid akan di'update' secara berkala pada setiap hujung bulan dan bahan bacaan murid perlu dimasukkan secara spesifik.